PETIKAN
Himpunan Maklumat Daripada Facebook
Selasa, 17 Disember 2013
Selasa, 15 Oktober 2013
Kepercayaan Trinity
Assalamualaikum wa rahmatullah
Apa itu kepercayaan Trinity?
Secara ringkasnya, kepercayaan Trinity ialah suatu bentuk
kepercayaan (iqtiqad) yang mempercayai bahawa Tuhan itu tiga (ada tiga tuhan).
Iaitu terdiri daripada Tuhan Ayah (Father – Allah), Tuhan Anak (Jesus Christ),
dan Ruhul Qudus (Ruh yang suci).
Di samping itu, Jesus Christ yang dimaksudkan oleh
kepercayan ini adalah nabi Isa. Mereka (penganut Kristian) menganggap nabi Isa
sebagai tuhan anak (anak tuhan) iaitu salah satu daripada tiga tuhan yang
dimaksudkan…
Kepercayaan ini terdapat di dalam majoriti mazhab Kristian.
Baiklah, kita cuba teliti apa kata al-Qur’an dan bible sendiri berkenaan
kepercayaan ini…
Al-Qur’an dan Bible Menolak Kepercayaan Trinity:
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata:
“Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. padahal tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti
dari apa Yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari
antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al
Maidah: 73)
And one of the scribes came, and heard them questioning
together, and knowing that he had answered them well, asked him, What
commandment is the first of all? Jesus answered, The first is, Hear, O Israel;
The Lord our God, the Lord is one. (Mark – 12: 28-29, Bible Software, American
Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)
Nabi Isa Sebenarnya Adalah Salah Seorang Rasul Allah:
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam
berkata: “Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu,
mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan
memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang
kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. (As Saff: 06)
And when he was come into Jerusalem, all the city was
stirred, saying, Who is this? And the multitudes said, This is the prophet,
Jesus, from Nazareth of Galilee. (Matthew – 21: 10-11, Bible Software, American
Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)
Nabi Isa (Jesus) Menyatakan Hanya Allah Yang Wajib Disembah
Di Dalam Bible:
Then saith Jesus unto him, Get thee hence, Satan: for it is
written, Thou shalt worship the Lord thy God, and him only shalt thou serve.
(Mark – 4: 10, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran
BibleOcean.com)
Seruan Al Qur’an Kepada Ahli Kitab (Yahudi Dan Kristian):
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul
Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan
banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari
Allah, dan Kitab yang menerangkan. (Al Maidah: 15)
Wahai ahli Kitab! mengapa kamu campur adukkan Yang benar
Dengan Yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu
mengetahuinya? (Ali Imran: 71)
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai ahli kitab, marilah
kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua
tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua
pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain
untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”.
kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka
Katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah
orang-orang Islam”. (Ali Imran: 64)
Langgan:
Catatan (Atom)