PETIKAN

Himpunan Maklumat Daripada Facebook

Selasa, 17 Disember 2013

PETIKAN DI FACEBOOK

Dicatat oleh Blog SK Pekan Beluran Sabah di 11:45 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

ALFATIHAH



Isu Berbeza Tentang "Allah"

“Kalimah 'Allah' dalam Islam merujuk kepada satu tuhan tetapi orang Kristian mempunyai konsep yang berbeza sama sekali,”
Bagi orang islam Kalimah "Allah"juga merjuk kepada "Tuhan".Tuhan adalah Allah dan Allah itu Tuhan.Kita mahu tahu daripada Kristian,selama ini dan memangpun ada digunakan "Allah" merujuk kepada Allah[Tuhan Bapa di Syorga].Kristian pertikaikan apa?Tuntut apa lagi?Kecuali Orang Kristian merujuk Allah adalah kepada Nabi Isa[Jesus/Yesus]maknanya tidak lagi menggunakan Tuhan Yesus/Jesus tetapi menggunakan Allah Jesus/Yesus.Jadi ada 2 Allah.Allah yang dirujuk Tuhan bapa dan Allah yang merujuk Tuhan anak.

KALIMAH "ALLAH"

Siapa berhak guna kalimah "ALLAH" dalam anutan agamanya?

* Dalam kehangatan forum `Nama Allah eksklusif atau tidak: Hukum asal, dakwah dan siasah’, ahli panel daripada pelbagai latar belakang politik tidak menolak fakta sejarah mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, tetapi dibimbangi akan mendekatkan orang Islam kepada agama Kristian.

Pensyarah Pusat Kajian Lanjutan Islam Sains dan Tamadun UTM, Dr Khalif Muammar A Harris berkata, pihak Kristian mempunyai agenda apabila meminta untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab Injil mereka.

"Agama Kristian dikatakan berusia 2,000 tahun, oleh itu mereka sepatutnya mempunyai perkataan lain yang boleh dipilih untuk merujuk tuhan mereka,” kata Khalif dalam forum anjuran Mysuara.net semalam.

"Motif mereka memilih kalimah Allah membuktikan mereka mempunyai agenda. Memang betul kalau lihat menerusi sejarah banyak yang menggunakan kalimah Allah sebelum Islam," katanya.

Katanya, kedatangan Muhammad sebagai rasul kepada umat Islam menyebabkan perkataan Arab itu mengalami Islamisasi.

"Begitu juga nama Allah, difahami maknanya berbeza semasa zaman jahilliah. Tetapi dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Muhammad, ia telah merubah konsep makna Allah itu," katanya.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam ucapan pembukaannya sebagai moderator menerangkan penggunaan kalimah Allah di negara Arab digunakan oleh bukan Islam secara meluas dan tidak dipertikaikan.*

Berdasarkan inti pati forum ini:- Agama Kristian telah mendahului menggunakan kata Allah kerana agama Kristian sudah mendahului kewujudannya sebelum Islam.Mengapakah pula hanya di Malaysia ada keistimewaan eklusifnya dan melarang agam lain menggunakannya...Bagaimana dengan negara lain?

Salah Siapa?

SUDUT PANDANG:- Mengapa ramai pesara kerajaan yang pernah menjawat jawatan penting dalam jabatan sanggup menawarkan diri sebagai calon semasa pilihanraya.Adakah mereka ini mengambil kesempatan untuk menentang kerajaan setelah bersara?Jawabnya tidak.Mereka ini sebenarnya golongan elit dan sepatutnya pihak kerajaan ambil perhatian yang serius,ada di antara mereka yang masih bertenaga masih boleh membuat kerja sihat dan pemikiran semakin matang.Mereka tidak ada kerjaya maka mencuba nasib,siapa yang tidak berkeinginan menambah dan mempertingkatkan tarap hidup dan ekonomi,peluang harus dicari.Oleh itu selepas sahaja bersara seseorang daripada jawatan penting dalam kerajaan maka pihak kerajaan perlu menawarkan atau memberikan ruang kepada mereka ini untuk menjadi ahli lembaga pengarah,pengerusi atau apa-apa jawatan yang penting dalam mana-mana agensi separuh kerajaan.Apa yang berlaku tanpa disedari adalah umpama pepatah Melayu "Habis Manis Sepah Dibuang".Maka janganlah salahkan apabila mereka ini mencari ruang dan peluang di tempat/pihak lain.

Terhantuk Baru Terngadah

Kenyataan "Apa Lagi Cina Mahu" merupakan satu persoalan yang orang penting dalam politik perkatakan.Bidang ekonomi yang telah dikuasai oleh kaum Cina telah menampakkan kepada kita bahawa orang Melayu telah memberikan laluan dan peluang kepada kaum ini.Analisis keputusan PRU13 memberikan satu lagi gambaran kepada tokoh -tokoh politik Melayu bahawa ada satu kuasa yang disatukan dan diterjemahkan melalui kertas undi.Pendapat bahawa bidang kuasa politik juga akan dikuasai oleh kaum Cina apabila kuasa dan suara orang Melayu akan menjadi minoriti.Percaya atau tidak,sudah ada titik mula dan suatu ketika akan menjadi realiti di sinilah kita akan dapat lihat teraju dan kuasa orang Melayu terpinggir dan mengemis di negara sendiri.

Effesen

Saya puji kecekapan anggota keselamatan kita yang begitu arif mengecam muka seseorang.Mereka boleh tahu rupa dan gaya penampilan kalau orang tempatan,sekali pandang tangan dihayun maksudnya jalanlah...itulah yang berlaku semasa sekatan jalan di jalan Tuaran dan di hadapan balai polis Ranau tadi.Kalau periksa dokumen seseorang satu persatu...alamat berkilometerlah panjang kenderaan di belakang.

Suka · · Kongsi.
Paimin Kinchim, Rinie Yunus, WasDee KanjuDaras dan 5 yang lain menyukainya..Masilin Medusin Mereka sudah terlatih. Pujian juga kepada mereka kerana sanggup berpanas, berhujan demi keamanan Negeri, Negara kita..
hari Jumaat, pada pukul 12.52 pagi · Suka

Mengenai Saya

Foto saya
Blog SK Pekan Beluran Sabah
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ▼  2013 (7)
    • ▼  Disember (1)
      • PETIKAN DI FACEBOOK
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (3)
Tema Mistik Bhd.. Imej tema oleh johnwoodcock. Dikuasakan oleh Blogger.